AFP

KETUA Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) Sebastian Coe anggap jaguh pecut Usain Bolt akan bersara ibarat ‘Muhammad Ali acara trek dan balapan’.

Dia adalah jagoan pecut terhebat sepanjang zaman dengan meraih lapan pingat emas Sukan Olimpik.

Coe menyatakannya ketika menyaksikan jaguh Sukan Olimpik itu beraksi di Stadium Kebangsaan Kingston, kelmarin, berlari pada penampilan terakhir di Jamaica sebelum bersara pada Kejohanan Dunia di London, Ogos depan.

"Semua orang tahu ia akan menjadi detik yang sangat besar," kata Coe.

"Di sinilah tempat asalnya. Saya dapati peminat akan menjadi begitu beremosi yang membuatkan saya mahu menyaksikannya dengan datang ke sini.

Bolt membuat permulaan perlahan acara 100m menang dengan mencatat masa 10.03 saat di hadapan lebih 30,000 peminat mengenakan warna kuning dan hijau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 7:03 PM