Pioli pada perlawanan Serie A menentang Torino. FOTO AFP
Pioli pada perlawanan Serie A menentang Torino. FOTO AFP
AFP

KELAB Itali Inter Milan memecat jurulatih Stefano Pioli serta kakitangan teknikalnya ketika saingan musim ini berbaki tiga perlawanan, umum gergasi Serie A itu, hari ini.

Pioli mengambil alih tugas daripada jurulatih Belanda Frank De Boer ketika saingan musim baru memasuki dua bulan tetapi kelab itu kini berisiko berdepan kehilangan tempat untuk aksi di Eropah.

Kenyataan kelab menyebut: "Inter Milan mengumumkan mereka sudah membawa haluan masing masing dengan ketua jurulatih Stefano Pioli dan kakitangan teknikalnya.

"Inter berterima kasih kepada Stefano dan pasukan atas dedikasi dan kerja keras dipamerkan bersama kelab sejak enam bulan lalu dalam apa disifatkan sebagai musim yang sukar."

Tugas skuad utama akan dikendali oleh jurulatih remaja Stefano Vecchi "serta merta dan untuk baki tiga perlawanan musim ini."

Kekalahan 1-0 kepada Genoa hujung minggu lalu menyaksikan Pioli menukar kapten kelab dan penyerang Mauro Icardi, meletakkan Inter di tangga ketujuh, ketinggalan tiga mata di belakang tempat keenam yang juga musuh ketat AC Milan dan mendapat tempat untuk Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 12:47 PM