PEMETERAIAN MoU antara Abedeen diwakili Azizi (kanan) dan GMU yang diwakili Dr Thumbay.
PEMETERAIAN MoU antara Abedeen diwakili Azizi (kanan) dan GMU yang diwakili Dr Thumbay.
HM Digital

Abedeen Academy Private and International School (Abedeen) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Gulf Medical University (GMU) untuk menjalin usaha sama bagi memberi nilai tambah kepada program pendidikan yang ditawarkan kepada pelajarnya.

Pengarah Eksekutif Abedeen, Azizi Ahmad berkata, melalui MoU itu ia akan memberi peluang kepada pelajar institusi pengajian Abedeen menyambung pelajaran di GMU dalam bidang perubatan.

"Melalui kerjasama ini, kami dapat membantu pelajar lulusan prauniversiti Abedeen melanjutkan pelajaran di GMU, sekali gus melahirkan lebih ramai pelajar perubatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena pemeteraian MoU terbabit di Kampus GMU, Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, GMU diwakili Pengasas Presidennya, Profesor Dr Thumbay Moideen.

Selain itu, Azizi berkata, kerjasama terbabit dapat melicinkan lagi proses kemasukan pelajar Abedeen ke GMU dan juga menggalakkan kerjasama akademik, fakulti dan interaksi pentadbiran serta pembabitan pelajar antara dua institusi pengajian berkenaan.

"Kerjasama ini juga sebagai usaha untuk meneruskan kecemerlangan Abedeen sebagai sekolah berprestasi tinggi dalam melahirkan pelajar yang berkualiti," katanya.

Abedeen antara institusi pendidikan yang dipilih untuk mewakili Malaysia ke Dubai World Expo di Dubai baru-baru ini oleh Education Malaysia Global Services, syarikat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang berperanan untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi ke peringkat antarabangsa.

Tambah beliau, kumpulan mengunjurkan pendaftaran pelajar di Abedeen pada tahun

ini adalah sebanyak 700 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 6:35 AM