MD2 kini mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia malah sudah menembusi pasaran Jepun.
MD2 kini mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia malah sudah menembusi pasaran Jepun.

NANAS madu atau MD2 kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasanya yang manis dan mempunyai keenakan tersendiri.

Malah varian ini tiada rasa lidas (rasa pedih atau gatal pada lidah) dengan empulur lembut berbeza dengan nanas yang lain.

Pasaran nanas MD2 di Malaysia kini menembusi Osaka, Jepun sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara bahkan membantu pemain industri negara dalam menambah pendapatan.

Dikatakan hampir 20 negara mengimport produk nanas antaranya Singapura, Mesir, China dan Jepun mengikut laporan yang dikeluarkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Uniknya, terdapat 16 jenis varieti nanas di Malaysia, namun pasaran MD2 yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini kerana nanas bukan saja boleh dimakan segar tapi turut dijadikan jus, sambal nanas, jem, kuih, salad buah-buahan, sabun dan sebagainya.

Lebih menarik, tanaman ini juga mudah dijaga dan tidak memerlukan siraman air yang banyak. Memadai sistem perparitan yang baik bagi mengelakkan takungan air.

Sistem penggiliran tanaman juga tidak diperlukan melainkan pokok berkenaan diserang penyakit seperti reput teras bakteria (bacterial heart rot).

Langkah kawalan perlu diambil apabila pokok dijangkiti penyakit iaitu dengan mencabut dan membakar pokok rosak, Kawasan tanaman pula perlu diletakkan sulfur serta clorox.

Pihak pengusaha tanaman itu juga perlu memastikan buah nanas dalam keadaan yang baik selain mengawal rumpai yang muncul kerana ia antara ancaman buat penghasilan buah nanas yang premium.

Bagaimanapun, buah nanas yang rosak boleh juga dijadikan baja kompos.

Tidak hanya buahnya yang lazat, malah tumbuhan ini turut menghasilkan tiga jenis sulur iaitu sulur angin, sulur tanah dan sulur tangkai yang boleh dijadikan benih tanaman selepas penghasilan buah nanas.

Begitu juga dengan penghasilan benang tekstil berkualiti tinggi melalui serat nanas. Serat daun nanas pula boleh terhasilnya sehelai kertas hingga menjadi buku catatan, pelbagai bekas atau kotak cenderamata yang berkualiti.

Ternyata inovasi ini penuh kreatif ini membuktikan perusahaan nanas hakikatnya membuka pelbagai peluang baharu kepada bidang keusahawanan.

MANFAAT NANAS

1. Membantu melawan radikal bebas

Dikatakan rasa manis, masam dan segar nanas dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan yang boleh menyebabkan gangguan kepada kulit atau organ dalaman.

Nikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan segar.

2. Membantu mengurangkan lemak

Buah ini mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh selain mencet

uskan pembakar lemak dalam badan

3. Membantu meningkatkan ketahanan

Dikatakan nanas yang mengandungi banyak vitamin C membantu meningkatkan daya tahan.

4. Membantu tulang lebih sihat

Dikatakan nanas mengandungi sebatian mangan yang baik tulang dan tendon otot yang mengelilinginya.

Pada masa sama, nanas juga dikatakan baik untuk mata, menghindari sembelit, cirit-birit, mengurangkan keradangan usus, mengawal diabetes dan sebagainya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 6:45 AM