MENARIK antara rekaan terbaharu untuk digayakan seisi keluarga sempena Aidilfitri ini.
MENARIK antara rekaan terbaharu untuk digayakan seisi keluarga sempena Aidilfitri ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Saban tahun, pelbagai pilihan gaya dan rekaan baharu ditampilkan industri fesyen tempatan untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.

Pilihan rekaan yang ditawarkan bukan sahaja menepati keperluan gaya, malah memenuhi cita rasa masyarakat pelbagai lapisan umur di negara ini.

Tidak terkecuali, koleksi kompilasi fesyen Neo Raya 2024 di pusat beli-belah, Isetan KLCC.

Ia terjemahan simfonis tradisi dalam sentuhan fesyen serba baharu dan moden.

FESYEN menarik untuk wanita yang mengutamakan gaya.
FESYEN menarik untuk wanita yang mengutamakan gaya.

Bukan sekadar kempen, Neo Raya ialah satu revolusi fesyen yang mengangkat naratif kesegaran dan gaya untuk lebih ke hadapan.

Malah ia jauh berbeza berbanding dengan kempen tahun lalu yang bermotifkan flora.

Himpunan menarik itu seumpama sebuah lembaran fesyen baharu yang disulam dengan inovasi, namun masih berteraskan bebenang tradisi.

Untuk Aidilfitri kali ini, ada lebih daripada 25 koleksi Hari Raya yang diketengahkan oleh rangkaian barisan jenama tempatan.

Ia termasuk Naelofar, Ameera Zaini, Mimpi Kita, Larney, Rico Rinaldi, Variante, Tuan by Tengku Kery, NAWY, Petit Moi dan Umbi Kids.

Setiap jenama itu mengetengahkan koleksi raya terkini dan eksklusif untuk wanita, jejaka dan si kecil.

Pengurus Besar merangkap Pengarah Jualan dan Barang Dagangannya, Kenishiro Asako berkata, misi utama mereka adalah untuk mengangkat Bahagian Jualan Pakaian Wanita pusat beli-belah itu sebagai satu hub fesyen unggul melalui pilihan gaya yang pelbagai.

REKAAN menarik untuk bapa sedondon dengan si kecil.
REKAAN menarik untuk bapa sedondon dengan si kecil.

Secara tidak langsung, ia turut memberi satu definisi baharu kepada destinasi membeli-belah.

"Kempen Neo Raya 2024 merayakan warisan lampau yang diberi sentuhan kontemporari bagi memastikan setiap busana mencipta memori raya yang terindah.

"Kami berharap padanan fesyen dan gastronomi dan tumpuan jenama tempatan terbaik sepanjang kempen berlangsung mampu menjadikan pusat beli-belah sebagai destinasi membeli-belah utama untuk seisi keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 6:25 AM