MENYANYI aktiviti menyeronokkan untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
MENYANYI aktiviti menyeronokkan untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
Nurul Husna Mahmud


SATU kajian dilakukan di United Kingdom (UK) mendapati golongan dewasa hanya boleh memberi tumpuan antara 15 hingga ke 20 minit dalam satu tugasan atau aktiviti.

Ia termasuklah mendengar perbualan atau percakapan yang mana satu kemahiran cukup penting apabila perlu berkomunikasi dengan individu lain.

Memberi tumpuan adalah ciri-ciri penting dalam kemahiran mendengar yang menjadikan komunikasi berlangsung dengan harmoni membabitkan individu bersama pasangan, keluarga atau ruang lingkup sosial lain termasuklah di tempat kerja.

Kemahiran mendengar juga antara kemahiran kritikal yang perlu dimiliki ibu bapa dalam membesarkan anak kerana setiap

peringkat atau fasa perkembangan anak itu memiliki konflik dan dilema tersendiri.

Malah menerusi kemahiran mendengar baik dalam kalangan ibu bapa, permas

alahan anak-anak dalam perjalanan hidup mereka dapat disedari oleh mereka.

Kemahiran mendengar ibu bapa yang baik juga mencorak keupayaan anak termasuklah dalam kemahiran komunikasi atau mendengar.

Percaya atau tidak, sejak bayi dalam kandungan lagi, kemahiran mendengar kanak-kanak itu sudah mula terbentuk apatah lagi ibu bapa yang gemar berinteraksi dengan bayi mereka.

Berikut adalah panduan kemahiran mendengar perlu dibentuk ibu bapa mengikut peringkat usia awal kanak-kanak:

1.Menjadi pendengar baik pada peringkat usia bayi (bawah satu tahun)

Berbual dengan bayi sepanjang masa

Pandang tepat ke mata anak bagi mewujudkan hubungan mata (eye contact) supaya bayi dapat pelajari ketika anda berbual atau membuat ekspresi muka.

Beri reaksi terhadap isyarat yang disampaikan bayi kerana itu juga satu bentuk kemahiran mendengar.

Kerap nyanyikan lagu untuk bayi

Tiada bunyi yang lebih menenangkan pada halwa telinga bayi selain suara ibu bapa mereka.

Kaedah penyampaian bunyi lebih berkesan adalah dengan intonasi jelas dan berirama. Malah ibu bapa yang menyanyikan lagu lebih mudah menarik perhatian bayi.

Menyanyi lagu juga mempersiapkan otak bayi untuk pembelajaran bahasa. Pilihan lagu perlulah sesuai dengan melodi dan perkataan mudah.

Dedahkan bayi kepada bunyi yang berbeza

Jadikan bunyi di sekeliling sebagai bahan untuk mendengar (bunyi alam semula jadi seperti burung atau bunyi objek seperti kereta).

Tarik juga perhatian bayi kepada bunyi luar biasa di sekelilingnya. Mainkan juga alat perkusi untuk bayi seperti rebana, dram, kerincing dan banyak lagi. Terangkan juga perbezaan bunyi yang terhasil.

2.Menjadi pendengar baik pada usia anak satu hingga tiga tahun

Dengar bebelan anak kecil anda

Memang sukar untuk tidak mempedulikan media sosial atau mesej dihantar rakan. Tetapi dalam proses membesarkan anak yang masih kecil penting untuk beri perhatian kepada mereka.

Beri tumpuan ketika bersama anak terutama sesi makan dan mandi kerana tempoh itu cukup penting dalam perkembangan anak.

Ringankan mulut untuk jawab pertanyaan, ajukan juga soalan dan ulangi apa yang anak katakan supaya mereka tahu anda sedang mendengar serta berminat dengan topik yang dibualkan.

Pastikan topik, penggunaan perkataan dan frasa sesuai dengan tahap anak

Kanak-kanak yang masih kecil hanya mampu menutur perkataan atau frasa yang mudah.

Apabila anda bercakap atau berbual mengikut tahap pemikiran atau usia anak kerana keadaan itu membuatkan mereka berasa didengari dan menjadi sebahagian daripada dunia anda.

Nyanyi lagu dan lakukan aksi bersesuaian makna lagu

Lagu kanak-kanak memiliki pengisian yang ada ekspresi dan aktiviti boleh dipadankan dengan tarian atau aksi tertentu.

Ini memudahkan pemahaman anak baik makna atau frasa yang terkandung dalam lagu. Contoh lagu yang ada elemen terbabit ialah 'Kalau Rasa Gembira' dan 'Papaku Pulang Dari Kota.'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 6:45 AM