BEKAS minuman menarik sempena meraikan musim perayaan tidak lama lagi.
BEKAS minuman menarik sempena meraikan musim perayaan tidak lama lagi.
HM Digital

MUSIM perayaan bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya ramai masih tercari-cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada keluarga mahupun rakan tersayang.

Jika si dia gemar menikmati minuman panas, apa kata hadiahkan bekas minuman menarik koleksi Dazzling dari jenama termoregulasi pertama di Malaysia, Montigo.

Koleksi edisi terhad sempena kempen perayaan, Ornaments of Joy itu hadir dalam dua saiz berbeza iaitu 530 mililiter (ml) dan 950ml.

Apa yang istimewanya, bekas minuman istimewa itu boleh didapati dalam warna krom berkilat yang tampak mewah iaitu Crimson Carols dan Forest Fantasy.

Sementara itu, dengan setiap pembelian koleksi bekas minuman berkenaan, orang ramai berpeluang mendapat pembungkusan perayaan menarik di mana ucapan dan mesej peribadi boleh disertakan.

Untuk yang berminat, layari laman web jenama itu atau kunjungi ruang 'pop-up' di beberapa pusat beli-belah utama di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 6:41 AM