KAMBING Golek Nabawi.
KAMBING Golek Nabawi.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Menu berbuka puasa pastinya antara yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan. Jadi, raikan Ramadan ini dengan pelbagai juadah enak untuk berbuka puasa di Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri, Johor.

Berkonsepkan Juadah Big Box, bufet istimewa itu menampilkan sentuhan Chef Eksekutif Jamaluddin Sadikum yang berpengalaman dalam industri selama hampir 30 tahun dan pasukan kulinarinya yang mahir.

Tiga menu berbeza mengikut pusingan dengan lebih 300 jenis juadah lazat disediakan kepada pengunjung sepanjang Ramadan ini.

Setiap menu akan menghidangkan sup beraroma seperti sup tulang gearbox, sup pindang lautan dan soto ayam madura.

Antara hidangan daging yang dimasak dengan rempah selama beberapa jam sehingga empuk termasuk rendang kambing, kambing krutuk dan daging rendang Tok Johan tulang rawan.

Peminat makanan laut pula pasti gembira dengan pilihan hidangan yang dimasak sempurna bersama santan seperti sotong sumbat masak lemak selasih, ketam masak lemak nanas dan hidangan kegemaran klasik iaitu ikan patin masak tempoyak bertimun tua.

Bagi anda yang menyukai pengalaman bazar, tarikan utama adalah lapan stesen di kawasan luar berhampiran dengan kolam infiniti.

PELBAGAI ulam-ulaman dan salad.
PELBAGAI ulam-ulaman dan salad.

Terdapat juga hidangan wajib musim perayaan termasuk asam pedas ikan, kambing golek dan hidangan tradisi bulan puasa, bubur lambuk.

Stesen pencuci mulut turut menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih ondeh-ondeh, kuih keria, kuih gula hangus dan kuih ketayap.

Sementara di stesen panggang pula menawarkan ikan panggang, pelbagai jenis sate dan makanan laut.

Begitu juga dengan stesen snek juga tidak kurang menariknya dengan hidangan gerai tepi jalan kegemaran ramai termasuk ubi goreng, durian tempura, pisang goreng dan cucur udang.

Tidak kurang menariknya, stesen ais kisar pula menyediakan ais kacang dan cendol, manakala satu stesen menghidangkan pilihan kegemaran di bazar seperti murtabak dan roti john.

SUP gearbox.
SUP gearbox.

Terdapat juga stesen mi goreng di mana pengunjung boleh 'mencipta' sendiri hidangan mi kegemaran masing-masing dengan pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran.

Melengkapkan lagi hidangan, pengunjung juga boleh mencuba aneka jenis hidangan salad dan pembuka selera enak yang disediakan setiap hari.

Juadah Big Box itu disediakan di Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box sehingga 28 April ini, bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari.

ANEKA makanan laut yang segar.
ANEKA makanan laut yang segar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2022 @ 6:20 AM