NEHA dinobatkan sebagai Miss Habib.
NEHA dinobatkan sebagai Miss Habib.
Hafiz Ithnin


SEJAK berusia tujuh tahun, wanita muda 22 tahun ini tidak pernah mengimpikan untuk wajahnya terpampang besar dijadikan kempen bagi sebuah jenama barangan kemas terkemuka di negara ini, Habib Jewels.

Namun pada usia kanak-kanak itu pemilik nama Neha Verma sudah memasang impian untuk menjadi Miss Malaysia.

Graduan Pengajian Akaun dan Kewangan dari University of Kent di United Kingdom itu meskipun hanya dinobatkan di tempat keempat, namun, rezeki sebagai penghias wajah Habib Jewels adalah miliknya!.

Sebaik dinobatkan sebagai Miss Habib 2020, Neha diberi kepercayaan untuk kempen koleksi barangan kemas syarikat itu, HABIB Oro Italia 916.

Neha berkata, koleksi barangan kemas itu yang mempunyai keunikan dengan warna yang berbeza, menggunakan teknologi tinggi dan tidak ketinggalan sentuhan tangan sudah tentu melahirkan sebuah rekaan yang amat sesuai dengan semua peringkat usia.

Katanya, barangan kemas sebenarnya tidak terhad kepada sesetengah peringkat usia sahaja tetapi ia boleh dijadikan perhiasan menarik jika kena dengan cara pemakaian.

GELANG tangan Amore 22k tricalor gold tampak sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan gemarkan ringkas tetapi tetap menyerlahkan keunikan.
GELANG tangan Amore 22k tricalor gold tampak sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan gemarkan ringkas tetapi tetap menyerlahkan keunikan.

"Saya gemarkan anting-anting koleksi Oro Italia 916 yang boleh dipadankan dengan mudah dengan pemakaian saya sebagai wanita muda.

"Selain itu, sebagai generasi muda kita perlu melihat barangan kemas seperti Oro Italia 916 ini bukan sekadar perhiasan tetapi ia adalah pelaburan yang baik," katanya.

Ketika penulis mengadakan sesi fotografi dan temu bual bersama Neha, berkesempatan juga bertemu Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib yang mengakui pemilihan Neha sebagai Miss Habib adalah tepat kerana syarikatnya mempunyai pelbagai koleksi hasil kerjasama dengan jenama antarabangsa.

ORO Italia 916 Amore dan Cleopatra.
ORO Italia 916 Amore dan Cleopatra.

"Kami memerlukan wajah dan kemampuan seseorang itu membawakan gaya yang menarik untuk barangan kemas seperti Oro Italia 916.

"Wajah yang cantik sahaja tidak mampu menggayakan sesebuah koleksi tetapi Neha membawa aura barangan kemas itu dengan baik untuk dipamerkan kepada khalayak. Disebabkan itu, kami memilih beliau sebagai Miss Habib," katanya.

Jelasnya, sejak lebih 20 tahun yang lalu HABIB sebagai satu jenama barangan kemas tempa

tan telah bekerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa yang pakar dan berkemahiran dalam pembuatan barangan kemas.

GELANG tangan emas kuning dan putih 22 Cavo 22k yang ringkas dan elegan.
GELANG tangan emas kuning dan putih 22 Cavo 22k yang ringkas dan elegan.

Kerjasama dari pelbagai negara termasuk Itali mampu memberi kelainan kepada rekaan barangan kemas tempatan dan memastikan HABIB sentiasa menyediakan koleksi lain dari yang lain.

Katanya, kerjasama dengan pakar pembuat barangan kemas dari Itali adalah salah satu pilihan yang tepat kerana negara Itali sangat terkenal dengan kreativiti dan hasil tangan yang halus menjadikan barangan kemas dihasilkan berkualiti tinggi.

"Teknologi yang digunakan juga lebih moden dan berbeza serta hanya boleh didapati di Itali dan dapat dihasilkan di sana. Lebih-lebih lagi negara Itali juga adalah sebuah negara yang dikenali dengan fesyen dan trend dunia.

"Di HABIB, kami mengutamakan rekaan yang terbaharu dan unik untuk pelanggan kami. Oleh itu, melalui kerjasama dengan pakar berkemahiran dari negara luar dapat memberikan nafas baharu kepada koleksi HABIB yang sedia ada," katanya.

Jelasnya lagi, di Itali, emas 18k menjadi kegemaran ramai dan warna emasnya lebih pudar. Manakala di Malaysia, ramai orang menggemari emas 916 di mana warna emasnya lebih kuning.

"Dari situlah tercetusnya idea di mana, emas 916 juga dikenali emas 22 karat yang diminati ramai di Malaysia dibawa ke Itali untuk menggabungkan dua negara yang berbeza bagi menghasilkan koleksi HABIB Oro Italia 916.

STELLA 22k tricolor adalah cincin yang mampu menonjolkan ekspresi kemewahan kepada si pemakai.
STELLA 22k tricolor adalah cincin yang mampu menonjolkan ekspresi kemewahan kepada si pemakai.

"Oro yang bermakna emas dalam Bahasa Itali dan 916 digunakan untuk melambangkan emas 916 (22 karat) adalah nama koleksi yang diberi untuk koleksi eksklusif ini," katanya.

Tambahnya lagi, jika dahulu hanya segelintir pelanggan yang meminati barangan emas 916 kerana rekaannya nampak lebih tradisional dan klasik. Namun selepas koleksi HABIB Oro Italia 916 mula masuk di pasaran HABIB, semakin ramai pelangg

an menggemari barangan emas 916 kerana rekaan koleksi ini yang lebih moden dan kontemporari.

"Kini, pelanggan lebih gemar membeli barangan kemas kerana emas membuktikan sebagai pelaburan yang paling menjamin berbanding platform pelaburan yang lain.

"Pastinya ramai yang menganggap emas lebih dari sekadar pelaburan dan menantikan lebih banyak rekaan barangan kemas terbaharu.

Untuk memenuhi cita rasa pelanggan, sekali lagi istimewa untuk November ini, HABIB mengeluarkan edisi terbaharu Oro Italia 916 dengan harga yang mampu milik.

Koleksi HABIB Oro Italia 916 adalah koleksi eksklusif dan hanya boleh didapati di HABIB. Oleh itu tidak ramai yang memiliki koleksi ini.

Rekaan koleksi ini menggabungkan konsep moden dan kontemporari yang sesuai untuk semua golongan. Jika koleksi emas tempatan bermotifkan flora dan kerawang tetapi koleksi HABIB Oro Italia 916 pula berkonsepkan manik bebola kecil dan pintalan rantai yang halus.

Istimewanya koleksi ini juga menggunakan konsep potongan seakan berlian dan penggunaan warna emas seperti emas putih, emas kuning, emas hitam serta emas rose.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 7:00 AM