PROMOSI luar biasa ini pasti menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih meriah.
PROMOSI luar biasa ini pasti menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih meriah.
Hartini Mohd Nawi


HABIB mengadakan pameran barangan kemas tahunan yang sangat dinanti-nantikan di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Bermula 22 Jun lalu sehingga 2 Julai ini, pelanggan dapat meneroka pelbagai tawaran dan potongan harga menarik!

Di pameran ini, pelbagai koleksi Habib ditawarkan di samping pelanggan boleh mendapatkan konsultasi secara percuma oleh pakar perunding barangan kemas berpengalaman serta ahli gemologi dari Habib.

Ketahui perincian dan ketukangan berkualiti yang membezakan Habib dalam industri barangan kemas.

Nikmati potongan 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata yang menawan serta diskaun sehingga RM30 per gram untuk barangan kemas emas 916 dan 999.

Promosi luar biasa ini pasti menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih meriah.

Sebagai pakar dalam industri barangan kemas, Habib menawarkan seleksi barangan kemas yang mempesona dan membuatkan anda rambang mata.

KETAHUI perincian dan ketukangan berkualiti yang membezakan Habib dalam industri barangan kemas.
KETAHUI perincian dan ketukangan berkualiti yang membezakan Habib dalam industri barangan kemas.

Daripada batu safir yang memukau sehingga batu zamrud yang menawan, kejadian alam semula jadi unik ini menghiasi barangan kemas ratu dan raja sejak dahulu.

Serlahkan personaliti tersendiri melalui koleksi batu permata Habib pilihan anda.

Sebagai tanda penghargaan istimewa, setiap pembelian RM3,000 dan ke atas, pelanggan boleh mendapatkan hadiah istimewa edisi terhad iaitu beg tote Habib yang bergaya dengan rekaan holografik.

Aksesori bergaya ini dapat menjadi pelengkap sempurna untuk koleksi barang kemas anda.

Dapatkan segera sebelum tawaran berakhir dan sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2023 @ 6:30 AM