Husna Mahmud


PASCA pandemik dan juga perkembangan ekonomi global yang tidak menentu memberi kesan kepada pasaran hartanah tempatan.

Faktor itu dikatakan mempengaruhi tabiat pembeli mahupun pelabur lebih berhati-hati dalam menambah aset termasuklah hartanah.

Justeru, keadaan itu juga mempengaruhi 'landskap' pemaju dalam mempergiatkan promosi dan penawaran pakej menarik untuk pembelian hartanah.

Pemaju sentiasa kreatif memastikan produk hartanah mereka terus relevan apabila menawarkan pulangan tunai, rebat dan pengecualian caj tertentu dilihat mekanisme mampu menarik golongan terutama pembeli rumah pertama membeli hartanah.

Maju selangkah dalam penjualan hartanah terutama pembelian awal, insentif unik diperkenalkan pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group (LBS) Berhad menerusi program kesetiaan pelanggan LBS Perks and Plusses.

Faedah dan ganjaran yang tiada tandingan dinikmati pembeli produk hartanah syarikat terbabit menerusi kolaborasi LBS bersama rakan strategik daripada pelbagai industri.

Keistimewaan itu dikongsikan sendiri oleh pembeli rumah pertama, Mohamad Faizal Roslan dan pasangannya, Siti Noraini Mohd Husain yang membeli kediaman projek KITA IMPIAN pada 25 Julai 2022.

Kata Mohamad Faizal, program kesetiaan pelanggan LBS Perks and Plusses banyak meringankan beban pembeli rumah baru sepertinya.

"Program kesetiaan pelanggan seperti diperkenalkan LBS memang menarik minat pembeli rumah pertama seperti saya kerana ia memberi kelegaan dan membantu dalam penjimatan.

"Menerusi program LBS Perks & Plusses ini, saya menikmati banyak kemudahan seperti diskaun dalam pembelian barang rumah atau perabot.

RAKAN kolaborasi dalam program kesetiaan pelanggan LBS memenuhi keperluan pembeli rumah.
RAKAN kolaborasi dalam program kesetiaan pelanggan LBS memenuhi keperluan pembeli rumah.

"Contohnya harga lebih rendah untuk penghawa dingin dari Acson, atau set kelengkapan rumah dari Goodnite dan juga barang-barang kelengkapan diri yang boleh didapati dari Watsons.

"Jadi program LBS Perks and Plusses ini sememangnya amat membantu kami sekeluarga di dalam memberi kelesaan di rumah baru," katanya.

Tambah Mohamad Faizal lagi, program kesetiaan pelanggan itu juga memberi nilai tambah kepada imej pemaju yang bukan sekadar menawarkan produk hartanah kediaman malah dilihat mempunyai kredibiliti dan komited terhadap keperluan pembeli hartanah.

Katanya, program kesetiaan pelanggan yang juga satu bentuk inisiatif positif oleh LBS memberi dasar reputasi baik.

"Kami sebagai pembeli rumah rasa dihargai. Ia 'repo' penting dan perlu dicontohi pemaju lain kerana sikap LBS yang berusaha menjalinkan hubungan jangka masa panjang dengan pembeli rumah mereka.

"Ramai orang mengimpikan untuk membeli rumah idaman daripada terus menyewa rumah. Rumah adalah aset jangka panjang pembeli.

"Apatah lagi dengan keadaan ekonomi kita yang turun naik, program kesetiaan pelanggan ini perlu diadakan agar pembeli rumah mendapat lebih banyak lagi kemudahan dan ganjaran yang sewajarnya," katanya.

Pekerja sektor swasta itu juga memilih projek KITA IMPIAN di Dengkil, Selangor kerana beberapa prospek hartanah itu yang memenuhi keperluan dia dan pasangannya.

RUMAH baru memerlukan perbelanjaan tambahan untuk perabot dan peralatan lain.
RUMAH baru memerlukan perbelanjaan tambahan untuk perabot dan peralatan lain.

"Saya membuat keputusan untuk memilih projek LBS atas beberapa faktor, salah satunya adalah lokasi projek yang mempunyai kemudahan akses ke Lebuhraya utama.

"KITA IMPIAN juga terletak di kawasan tanah rizab melayu. Selain dari itu, LBS juga mempunyai banyak keistimewaan kepada pembeli rumah termasuk bonus, hadiah-hadiah menarik dan program kesetiaan pelanggan salah satunya," katanya.

Sementara itu, ketika pelancaran LBS Perks and Plusses Ogos lalu, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San menyifatkan program kesetiaan pelanggan itu sebagai satu bentuk komitmen LBS membina hubungan berkekalan dan menawarkan nilai hebat kepada pelanggan yang selama ini menyokong perjalanan syarikat.

"Impian LBS adalah mudah, tetapi mendalam iaitu untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan di samping menjamin perjalanan pembelian rumah mereka sebagai pengalaman yang luar biasa.

"Keahlian LBS Perks and Plusses adalah pelengkap kepada mana-mana pembeli individu atau korporat yang membeli hartanah LBS dan anak syarikatnya dengan harga pembelian minimum RM150,000," katanya.

Dalam pada itu, pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran eksklusif membabitkan 26 rakan kongsi yang ternama dan menawarkan variasi produk serta perkhidmatan.

Antaranya Acson, Brynton Hotel, Bright Empire Hotpot, Blanc Dental, Coway, Columbia Asia Hospital, D'Marina Marketing, Decathlon, Everybody Electrical, Gintell, Goodnite International dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2023 @ 7:02 AM