GAMBAR yang tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
GAMBAR yang tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
Zuliaty Zulkiffli


POLIS menafikan gambar tular seorang lelaki dipercayai pengantin baru dilanggar di hadapan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), Jitra, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak hospital mengatakan lelaki itu dipercayai diserang sawan.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya tidak pasti kecederaan di muka mangsa akibat terjatuh atau sebab lain.

"Mangsa bukan dilanggar atau terbabit dalam kemalangan seperti yang ditularkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, gambar seorang lelaki yang terbaring di atas jalan sambil diperhatikan bakal isterinya yang berpakaian lengkap pengantin baru tular di Facebook.

Gambar itu dimuat naik kononnya mangsa dilanggar ketika melintas jalan di hadapan PADKP ketika dalam perjalanan untuk bernikah.

Tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu meneruskan pernikahan mereka atau sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 7:11 PM