NUR Adawiyah kini lebih banyak mendiamkan diri dan enggan berbual ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. FOTO ihsan keluarga.
NUR Adawiyah kini lebih banyak mendiamkan diri dan enggan berbual ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. FOTO ihsan keluarga.
Nor Farhani Che Ad


KANAK-KANAK perempuan yang parah ditikam jiran di Kampung Keda Che Bema, Sungai Layar, Sungai Petani, kelmarin semakin pulih, namun masih dalam keadaan trauma.

Nur Adawiyah Safiyya Zulkefeli, 5, yang kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dikatakan banyak mendiamkan diri berbanding sikapnya yang peramah sebelum ini.

Ibunya, Juliana Shafie, 41, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu enggan berbual dengan sesiapa sahaja yang datang melawatnya termasuk saudara mara mereka.

“Adawiyah bukan sahaja tidak mahu bercakap, malah memandang ke arah lain setiap kali ada yang melawatnya di hospital.

“Dia hanya bersuara apabila dia terasa sakit di bahagian ditikam, kalau tidak dia banyak mendiamkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengenai perkembangan kanak-kanak itu, Juliana berkata, anaknya masih belum dibenarkan pulang berikutan keadaannya masih lemah.

“Adawiyah banyak kehilangan darah selain ususnya hampir terkeluar pada hari kejadian.

“Dia kerap muntah, bagaimanapun, doktor mengesahkan keadaannya semakin baik selepas menerima rawatan termasuk pembedahan dijalani pada hari sama," katanya.

Dalam kejadian 2.30 petang, suspek berusia 27 tahun dikatakan memasuki rumah mangsa sebelum menikam mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.

Mangsa cedera sedalam empat sentimeter akibat tikaman yang mengenai perut di sebelah kiri.

Berita berkaitan

'Mohon maaf lepas tikam'

'Lelaki tikam budak direman 7 hari'

'Budak 5 tahun parah ditikam'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 1:47 PM