ANGGOTA polis menjalankan siasatan ke atas mayat seorang lelaki yang ditembak dan ditetak dalam kejadian di Jalan Perindustrian Padang Meha di Kulim, awal pagi tadi. FOTO AZAHAR HASHIM
ANGGOTA polis menjalankan siasatan ke atas mayat seorang lelaki yang ditembak dan ditetak dalam kejadian di Jalan Perindustrian Padang Meha di Kulim, awal pagi tadi. FOTO AZAHAR HASHIM
POLIS Forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah gerai selepas penemuan mayat seorang lelaki yang ditetak dan ditikam dalam satu kejadian di Jalan Kulim-Baling, Kulim, awal pagi tadi. FOTO AZAHAR HASHIM

Oleh Azahar Hashim

Kulim: Polis menemui mayat dua lelaki dengan seorang mempunyai kesan tetakan dan tembakan, manakala satu lagi mayat ditemui dengan kesan tetakan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki berusia 30-an dengan kesan tetakan dan tembakan di Jalan Perindustrian Padang Meha.

Manakala, mayat lelaki lain, berusia 28 tahun ditemui mati akibat ditikam dan tetakan di dalam sebuah gerai di Jalan Kulim-Baling, kira-kira tiga jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang lelaki di tepi bahu Jalan Perindustrian Padang Meha.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan, namun turut menemui satu lagi mayat lelaki kira-kira 200 meter dari lokasi mayat pertama.

"Pihak polis yang menjalankan siasatan menemui beberapa kelongsong peluru, sebutir peluru hidup dan sarung pisau berhampiran tempat kejadian.

"Turut ditemui kereta mangsa tembakan di Taman Desa Aman, di sini, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 12:09 PM