Anggota bomba memadamkan kebakaran BMW  Naib Ketua UMNO JB. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran BMW Naib Ketua UMNO JB. FOTO ihsan bomba
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Kereta BMW milik Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (JB), Datuk Yahya Jaafar yang diletakkan di garaj rumahnya musnah dalam kebakaran di Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda, di sini, 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.03 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba Johor Bahru tiba di lokasi kejadian pada 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, ketika kejadian pemilik kenderaan tiada manakala isteri serta ibunya berada di dalam rumah.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 2:56 PM