Safuri Kamarudin


Baling: Lebih 500 pendudukKampung Seri Ketengga, Mukim Siong berada dalam ketakutan apabila gajah liar memasuki kawasan kampung mereka sehingga kira-kira 20 meter dengan rumah penduduk, 3 pagi tadi.

Gajah dipercayai gajah betina turut memusnahkan hasil tanaman penduduk yang menjadi punca pendapatan sampingan keluarga.

Penduduk mendakwa gajah itu dipercayai dari Hutan Simpanan Ulu Muda dan Gunung Inas dan memusnahkan tanaman seperti pisang, nanas, kelapa dan kelapa sawit yang baru ditanam penduduk.

Lebih 20 penoreh getah yang bekerja di kebun kawasan itu tidak berani lagi untuk menoreh kerana bimbang terserempak dengan haiwan itu.

Seorang penoreh, Wan Esah Md Tahir, 53, berkata, dia bimbang terserempak dengan haiwan liar itu di kebun.

Menurutnya gajah itu berkeliaran sejak seminggu lalu ke kebun mereka, kira-kira satu kilometer dari kampung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:59 PM