Noraini menggunakan mesin pembungkus pes berpastur hasil inovasi penyelidik UTM untuk membungkus produk keluaran syarikatnya sambil diperhatikan Muhamad Shukri (dua dari kanan) di Norelle Academy, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Noraini menggunakan mesin pembungkus pes berpastur hasil inovasi penyelidik UTM untuk membungkus produk keluaran syarikatnya sambil diperhatikan Muhamad Shukri (dua dari kanan) di Norelle Academy, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Kawalan dan Mekatronik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan mesin separa automatik mempasteur dan membungkus pes bagi skala industri kecil dan sederhana (IKS).

Projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan ini diterajui Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) , Dr Mohamad Shukri Zainal Abidin bersama pensyarah dan pelajar UTM.

Dr Mohamad Shukri berkata dikenali Sistem Integrasi Pempasteuran dan Pembungkusan Pes Makanan (IPPASTE), produk inovasi itu menjimatkan masa pempasteuran dan pembungkusan pes sehingga 70 peratus berbanding kaedah manual.

"Penyelidikan bagi menghasilkan mesin ini disiapkan mengikut keperluan dan spesifikasi dikenalpasti daripada usahawan IKS yang menggusahakan industri pes.

"Mesin dibangunkan ini menggunakan kaedah pendidihan berganda yang dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik dan gas yang dikawal secara hibrid menggunakan sistem pengawal automatik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan teknologi terbaru ini di premis perniagaan usahawan pes IKS, Noraini Margona di Kampung Seri Serdang di sini, sebentar tadi.

Mesin yang dibangunkan penyelidik UTM menggunakan geran Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) berjumlah RM50,000 membantu pemilik pes jenama Pes Mak Nani itu mempertingkatkan pengeluaran berikutan dapat mempasteur 50 kilogram pes dalam satu masa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 3:16 PM