TUJUH individu termasuk tiga wanita direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
TUJUH individu termasuk tiga wanita direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tujuh individu termasuk tiga wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang tular di tepi Jalan Pasir Tumboh, di sini, kelmarin.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret, di sini.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 46 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Media semalam melaporkan, ejekmengejek dipercayai menjadi punca seorang buruh dibelasah dalam kejadian di Pasir Tumboh, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa berusia 30 tahun sedang berjalan pulang dari tempat kerjanya di Lundang ke rumahnya berdekatan lokasi kejadian.

Lelaki itu didatangi kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dan tiga penumpang wanita.

Pemandu lelaki membunyikan hon sebelum kenderaan itu berhenti dan berlaku pertengkaran serta ejek-mengejek antara mereka.

Kejadian itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 3:38 PM