TAMAN Negara Bukit Lambir (gambar kiri) dilanda banjir akibat hujan lebat semalam, laluan ke Gua Niah (gambar kanan) terjejas akibat dihempap pokok tumbang. FOTO Melvin Joni
TAMAN Negara Bukit Lambir (gambar kiri) dilanda banjir akibat hujan lebat semalam, laluan ke Gua Niah (gambar kanan) terjejas akibat dihempap pokok tumbang. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


SARAWAK Forestry Corporation (SFC) menutup sementara dua taman negara kepada orang awam disebabkan ia terjejas akibat cuaca buruk melanda Miri, semalam.

Dua taman negara berkenaan ialah Taman Negara Bukit Lambir dan Taman Negara Niah.

Menurut kenyataan SFC, laluan utama di Taman Negara Bukit Lambir ditutup serta-merta akibat banjir ekoran hujan lebat manakala Taman Negara Niah ditutup disebabkan laluan utama menuju ke Gua Niah rosak akibat dihempap pokok tumbang.

"Kami memohon maaf di atas kesulitan itu. Untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai Taman Negara Bukit Lambir, orang ramai boleh menghubungi talian + 60116-5729433 atau +60116-5730144.

"Manakala bagi Taman Negara Niah boleh menghubungi talian 085-737450," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 3:46 PM