NOOR Shafiqa dicari untuk hadir perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun, esok. FOTO Rosli Ilham.
NOOR Shafiqa dicari untuk hadir perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun, esok. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


POLIS sedang mengesan seorang wanita bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Noor Shafiqa Mohd Sofi, 22, beralamat di Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang dikehendaki hadir bagi memberi keterangan perbicaraan kes dadah yang berlaku di Dungun.

“Polis sedang mengesan wanita itu bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami meminta kerjasama orang ramai supaya membantu menyalurkan maklumat kepada polis.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Suhada di talian 014-3990773,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 8:05 PM