KEMALANGAN maut membabitkan dua beranak. FOTO Ihsan Pembaca.
KEMALANGAN maut membabitkan dua beranak. FOTO Ihsan Pembaca.
Safuri Kamarudin


DUA beranak maut apabila motosikal mereka terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Waja di Kilometer 64.1 Jalan Kulim-Baling/Gerik, Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, kemalangan 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian Firdaus Haron, 35, dan anaknya, Nur Alisya Sazrin, 9, dari Kampung Bendang Becah, Kupang, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari pekan Kupang.

“Mereka dipercayai keluar dari simpang kiri berdekatan Kampung Sadek sebelum dilanggar sebuah Proton Waja dalam perjalanan dari Kupang ke Grik.

“Mangsa bekerja sebagai pembantu kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeok Chee Baling, manakala anaknya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Sheh Kupang,” katanya.

Shariffuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, untuk bedah siasat.

Katanya kes kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 9:28 AM