SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
Nordiana Shafiee

SEKUMPULAN warga asing nekad terjun dari bangunan setinggi lebih tiga meter bagi mengelak dari ditahan Jabatan Imigresen di di Sungai Petani, malam semalam.

Dalam operasi bermula jam 10 malam itu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berkenaan sedang makan sebelum premis berdekatan kawasan industri itu diserbu pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tindakan mereka sia-sia apabila ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, operasi di tujuh lokasi itu menyasarkan kawasan rumah sewa dan kafe hiburan sekitar Sungai Petani yang menjadi tumpuan warga asing.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 45 warga asing mendapati 18 lelaki dan empat wanita berusia antara 17 dan 43 tahun melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri dari sembilan warga Myanmar, Bangladesh (7), Vietnam (4) dan masing-masing seorang warga Indonesia serta Thailand.

"Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan warga asing terbabit sedang tidur selain ada yang sedang melayan pelanggan di kafe hiburan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuhair berkata, pemeriksaan awal mendapati semua warga asing terbabit melakukan kesalahan tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah, menetap lebih masa dan melanggar syarat pas,

Menurutnya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Semua warga asing itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik, untuk

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 10:52 AM