KERETA terkandas dalam banjir di Dubai, Rabu lalu. FOTO Reuters
KERETA terkandas dalam banjir di Dubai, Rabu lalu. FOTO Reuters
AFP

Dubai: Lebuh raya dan lapangan terbang utama di sini, dalam keadaan huru-hara, pada Rabu, sehari selepas hujan paling lebat dalam sejarah di pusat kewangan Timur Tengah itu.

Berikutan itu, lebuh raya enam lorong dinaiki air sehingga 0.25 sentimeter.

Jurucakap polis memaklumkan, sekurang-kurangnya seorang terbunuh, iaitu lelaki berusia 70 tahun selepas kereta dinaikinya hanyut di Ras Al-Khaimah.

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan di sekitar Dubai, yang dipenuhi dengan kawasan dilanda banjir dan kereta yang ditenggelami air dan ditinggalkan.

Satu terowong di jalan berhampiran lapangan terbang dan beberapa vila kediaman turut ditenggelami air.

Insiden serupa dapat dilihat di wilayah lain di Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk di Sharjah yang berjiran dengan Dubai.

Ia menyebabkan penduduk secara sementara terpaksa mengharungi jalan utama dan di sekitar bandar ini, dengan bot.

LALU lintas terhalang susulan banjir di Dubai, Rabu lalu. FOTO Reuters
LALU lintas terhalang susulan banjir di Dubai, Rabu lalu. FOTO Reuters

Ketika langit kembali cerah pada Rabu iaitu sehari selepas hujan, timbul cerita mengenai penduduk terperangkap di dalam kereta dan pejabat, semalaman.

"Ia adalah salah satu situasi paling mengerikan yang pernah saya alami.

"Saya tahu bahawa jika kereta saya rosak, ia akan tenggelam dan saya akan lemas bersamanya," kata seorang penduduk Dubai berusia 30-an yang enggan mendedahkan namanya, selepas perjalanan selama

15 minit bertukar menjadi pengalaman pahit terkandas selama 12 jam di jalan raya yang dinaiki air.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan sekolah di Dubai ditutup sehingga minggu depan, untuk kerja pembersihan.

Dalam campur tangan langsung yang luar biasa, Presiden UAE, Sheikh Mohamed Nayan mengarahkan pihak berkuasa untuk segera mengkaji keadaan infrastruktur di seluruh negara teluk itu, kata media rasmi.

Menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita WAM, Sheikh Mohamed turut mengarahkan keluarga yang terjejas dipindahkan ke lokasi selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 11:47 AM