Perdana Menteri India, Narendra Modi. - FOTO AFP
Perdana Menteri India, Narendra Modi. - FOTO AFP
AFP

Sydney: Perdana Menteri India, Narendra Modi memberi amaran mengenai kehadiran pelaburan bitcoin yang mungkin merisikokan generasi muda dan memberikan nada bahawa kerajaan bersedia untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengawal mata wang kripto itu.

Bercakap dalam forum keselamatan siber dalam talian, Modi menyatakan wang maya yang popular di India dan wujud tanpa kawalan bank negara dan pusat itu sebagai domain yang perlu dikawal rapi.

"Jadikan mata wang kripto atau bitcoin sebagai contoh. Adakah penting untuk semua negara demokrasi untuk bekerjasama dalam hal ini dan memastikan ia tidak berakhir di tangan yang salah dan boleh merosakkan orang muda kita," katanya pada forum yang dihoskan oleh Institut Dasar Strategik Australia.

Pengkritik mata wang kripto mendakwa bahawa pemindahan tidak terkawal yang kebanyakannya tanpa nama menjadikan ia alat yang sempurna untuk pengedar dadah, penyeludup orang atau pengubahan wang haram.

Beberapa negara juga sudah mula menggubal undang-undang untuk memperkenalkan pengawasan ke atas mata wang kripto dan pertukaran di banyak bidang kuasa kini tertakluk kepada peraturan yang sama seperti penyedia perkhidmatan kewangan lain.

India sudah mengharamkan urus niaga kripto pada 2018, namun mahkamah tertinggi negara itu membatalkan larangan itu dua tahun kemudian.

Langkah itu membawa kepada ledakan dalam sektor itu apabila ramai warga muda di negara berkenaan memberi perhatian kepada mata wang itu selepas iklan yang dilakukan oleh bintang Bollywood dan kriket.

Portal pelaburan BrokerChooser, bulan lalu melaporkan, hari ini lebih 100 juta orang India sudah mempunyai mata wang maya, menjadikan negara itu hanya di belakang Amerika Syarikat, Rusia dan Nigeria dari segi penggunaannya.

Ada gesaan yang semakin meningkat untuk mengeluarkan larangan lain tetapi kerajaan Modi dilihat enggan berbuat demikian sebaliknya mahukan undang-undang lebih ketat yang boleh diluluskan sebelum akhir tahun ini.

Ketua Bank Rizab India, Shaktikanta Das minggu lalu menyatakan, mata wang kripto adalah ancaman serius kepada sistem kewangan jika tidak dikawal dengan betul.

Namun, dalam masa sama, bank pusat itu sedang meninjau untuk memperkenalkan mata wang digitalnya sendiri.

, Nov 18, 2021 (AFP) -

Indian Prime Minister Narendra Modi on Thursday warned that bitcoin presents a risk to younger generations, sounding a hawkish tone as his government prepares to introduce legislation to regulate cryptocurrencies.

Speaking at an online cybersecurity forum, Modi framed virtual money -- which is highly popular in India and exists beyond state and central bank control -- as a domain that needs to be closely policed.

"Take cryptocurrency or bitcoin, for example," he told a forum hosted by the Australian Strategic Policy Institute. "It is important that all democratic nations work together on this and ensure it does not end up in the wrong hands, which can spoil our youths."

Critics of cryptocurrencies allege that largely anonymous unregulated transfers make them a perfect tool for drug traffickers, people smugglers or money laundering.

Several countries have begun to legislate to introduce oversight over cryptocurrencies, and exchanges in many jurisdictions are now subject to the same regulations as other financial service providers.

India effectively outlawed crypto transactions in 2018, only for the country's top court to strike down the ban two years later.

That led to a boom in the sector as the country's vast young population took heed of an advertising blitz by Bollywood and cricket stars.

Today, more than 100 million Indians have embraced virtual currencies, ranking the country behind only the United States, Russia and Nigeria in terms of users, according to a report last month by investment portal BrokerChooser.

There have been growing calls for India to issue another ban, but Modi's government appears set to stop short, preferring instead strict legislation that could be passed before the end of the year.

Reserve Bank of India chief Shaktikanta Das has been sharply critical, saying last week that cryptocurrencies are a serious threat to the financial system if not properly regulated.

At the same time the central bank is looking at issuing its own official digital currency.

More broadly, Modi used his address to tout India as a global technology hub. His "Digital India" scheme aims to modernise and harness technology across the subcontinent of 1.3 billion people.

Modi said emerging technologies like quantum computing offer great opportunities.

But, he said, it was "essential for democracies to work together" to "invest together in research and development in future technology".

He added that it was also necessary for democracies to "deepen intelligence and operational cooperation on cyber security."

Critics have accused Modi -- who was elected on an often divisive Hindu nationalist platform -- of harnessing technology to silence opponents.

"The Modi government has been using technology since it came to power in 2014 to curtail rights at home as part of an escalating crackdown on freedom of expression, association and peaceful assembly," said Human Rights Watch Australia director Elaine Pearson.

arb/djw/dan/qan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 7:15 PM