MARSEILLE yang akan menerima wang penyertaan Eropah bakal dikenakan pemotongan sebanyak 15 peratus. FOTO AFO
MARSEILLE yang akan menerima wang penyertaan Eropah bakal dikenakan pemotongan sebanyak 15 peratus. FOTO AFO
AFP

MARSEILLE didenda sebanyak tiga juta euro (RM14.3 juta) kerana melanggar peraturan kewangan (FFP) tapi berjaya terlepas digantung daripada menyertai saingan Eropah.

Kelab Perancis itu menduduki tangga kedua Ligue 1 itu selepas saingan di Perancis dibatalkan kerana Covid-19 dan layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2013.

Walaupun mereka berjaya terlepas penggantungan yang dilakukan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ke atas Manchester City, badan induk Eropah melalui badan kawalan kewangan kelab (CFCB) mengenakan hukuman lain sekali gus membuat kelab kurang meraih keuntungan dan lebih mencabar.

CFCB memotong 15 peratus wang yang bakal diterima Marseille di atas penyertaannya dalam saingan Eropah untuk dua musim dan menghadkan jumlah pemain mereka kepada 23 orang sehingga musim 2022/23.

Kelab berkenaan membayar melebihi defisit maksimum yang disepakati bersama UEFA.

Selepas dihukum ketika Liga Europa dengan dikenakan denda, mengurangkan pendapatan dan mengecilkan skuad, selepas ketirisan sebanyak €78.5 juta (RM374 juta) pada 2017/18, kelab berkenaan berjanji tidak akan melebihi €50 juta euro (RM238 juta) namun dilaporkan rugi sebanyak €91 juta euro (RM434 juta) pada 2018/19.

Kelab berkenaan memberi alasan pemilik, Frank McCourt, yang mengambil alih pada Oktober 2016, memerlukan pelaburan tinggi dan sudah menyuntik dana €250 juta (RM1.1 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 9:10 AM