PUSAT 4S Kawasaki Shah Alam.
PUSAT 4S Kawasaki Shah Alam.
Lizam Ridzuan


Pemilik motosikal Kawasaki kini boleh mendapatkan perkhidmatan selepas jualan terbaik hasil pembukaan pusat Pameran, Jualan, Servis dan Alat Ganti (4S) Kawasaki Shah Alam menerusi pengedar sah jenama itu, Chear Motor Sdn Bhd.

Dikategorikan sebagai pusat 4S terbesar 'Kawasaki All Star', ia turut menawarkan pelbagai model terkini termasuk rangkaian model lasak.

Kawasaki di Malaysia kini diedarkan oleh Edaran Modenas (EMOS) dan menerusi perasmian pusat 4S ini, ia menawarkan pengalaman pemilikan motosikal lebih baik untuk komuniti dua roda yang aktif dengan pelbagai aktiviti.

Konsep ruang pamerannya pula mengikut ciri Plaza Kawasaki di Jepun dengan memfokus kepada pameran produk dan visual barangan, menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

Ia turut menempatkan tiga platform untuk tujuan servis dan penyelenggaraan motosikal serta ruang menunggu yang selesa kepada pelanggan.

Kawasaki Malaysia kini mempunyai 35 pengedar dan pusat servis sah di seluruh Malaysia.

Selain perasmian, turut diadakan majlis pelancaran model Modenas Vulcan S serta penerangan berkaitan jentera berkenaan untuk pasaran tempatan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan, Ketua Pegawai Pemasaran Modenas Yusaku Kashiwagi dan Pengarah Kawasaki Shah Alam Datuk Chear.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 6:05 AM