Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, setiap kali tiba musim perlumbaan pusingan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), banyak aktiviti berkaitan permotoran dianjurkan.

Tidak terkecuali jenama motosikal termasuk Yamaha, menganjurkan program 'Yamaha B1kerz MotoGP Ride Malaysia'.

Bermula di Cyberjaya, lebih 450 motosikal dari seluruh negara menyertai program berkenaan.

Perjalanan konvoi dibahagikan mengikut aturan model motosikal daripada moped, MT dan R -Series, skuter dan motosikal berkuasa tinggi.

Selepas taklimat oleh Ketua Marshal, konvoi dilepaskan oleh Pengurus Besar Pemasaran dan META Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Hoo Wan Tim.

LEBIH 450 penunggang menyertai konvoi.
LEBIH 450 penunggang menyertai konvoi.

BERMULA di Cyberjaya.
BERMULA di Cyberjaya.

Perjalanan ke SIC lancar dan terkawal dibantu oleh anggota polis trafik selain peserta juga berdisiplin di atas jalan raya.

Sebaik tiba, konvoi sudah disediakan tempat meletak motosikal dan setiap peserta juga diberi tiket grandstand, baucar makanan dan baju T.

Selepas melawat ruang pameran Yamaha dan pempamer-pempamer lain di kawasan zon peminat di Mall SIC, peserta konvoi kemudian menyaksikan perlumbaan GP Malaysia sebagai melengkapi program pada hari itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 6:49 AM