AEDY Ashraf (kiri) dan Amerul Affendi.
AEDY Ashraf (kiri) dan Amerul Affendi.
Lizam Ridzuan


SELEPAS dua tahun tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri akibat pandemik, sudah pasti tahun ini memberi pelbagai makna kepada warga Malaysia.

Menambah kemeriahan sambutan, UMW Toyota Motor baru-baru ini melancarkan kempen Ramadan Raya dengan tema 'Bersama Lebih Bermakna'.

Selain itu, turut dilancarkan filem pendek Aidilfitri bertajuk 'Kota Raya' yang diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan memaparkan suka duka dihadapi golongan milenial di ibu kota.

Ia dibintangi pelakon popular iaitu Aedy Ashraf sebagai Aidil dan Amerul Affendi memainkan watak Fitri serta penampilan istimewa Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini pasti lebih ceria kerana semua berpeluang beraya di kampung.

"Kami juga mengalu-alukan pelanggan Toyota untuk datang ke pusat servis bagi menyelenggarakan kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman bagi memastikan kelancaran sepanjang perjalanan,"

DILAKONKAN oleh dua pelakon hebat.
DILAKONKAN oleh dua pelakon hebat.

"Perayaan kali ini pasti kembali meriah selain dapat berkumpul bersama keluarga selepas dua tahun tidak dapat melakukannya," katanya.

Peminat Toyota juga dijemput menyertai peraduan 'Pandu Uji dan Menang Duit Raya' yang boleh disertai sehingga 1 Mei ini.

Peserta bakal memenangi duit raya RM100.

Pandu uji yang disusuli dengan tempahan yang berjaya melayakkan pemilik Toyota memenangi duit raya RM200 dan 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.

Untuk sambutan Bersama Lebih Bermakna lebih dekat kepada pelanggan, UMWT juga menganjurkan acara hujung minggu di semua pusat servis dan jualan.

Lebih 4,000 pelanggan Toyota berpeluang menikmati tawaran hebat selain pelbagai ganjaran nilai tambah yang ditawarkan.

Filen pendek Kota Raya boleh ditonton di saluran YouTube serta maklumat mengenai peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya boleh diperoleh di web toyota.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 6:53 AM