YZF-R25 tampil warna baharu.
YZF-R25 tampil warna baharu.
Lizam Ridzuan


SEJAK diperkenalkan pada 2015, Yamaha YZF-R25 menawarkan jentera jalanan yang tampil sporty dengan ciri 'lighweight' permulaan untuk 'sportsbike' di Malaysia.

Menjadi pilihan penunggang muda, ia juga pernah diperkenalkan dengan ciri dipertingkatkan sebelum ini dan yang terbaharu untuk 2021, ia didatangkan dengan pilihan warna cyan metalik menggantikan perak matte.

Ia tampil lebih kontra terutama dengan corak grafik baharu dan padanan rim tetuang merah.

Selain itu, ia kekal dengan ciri sama rekaan mirip seakan-akan Yamaha YZR-M1 MotoGP dengan padanan dwilampu
utama LED.

'Fairing' jentera ini diinspirsikan daripada model YZF-R1. Ia dilengkapi salur udara tengah untuk aliran udara lebih sejuk pada enjin.

Ia juga direka dengan ciri ergonomik dan gaya lebih aerodinamik.

Fork teleskopik hadapan pula direka untuk redaman dan ketetapan spring lebih baik.

Pada masa sama, kluster meter digital LCD pula didatangkan dengan pelbagai fungsi seperti kedudukan gear, kapasiti bahan api dan trip penukaran minyak enjin.

PADANAN corak grafik dan rim skema kontra.
PADANAN corak grafik dan rim skema kontra.

Jentera ini dikuasakan dengan enjin 249cc dua silinder lapan injap DOHC sejukan cecair yang menjana 35.5 kuasa kuda (hp) pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000 rpm melalui transmisi enam kelajuan manual.

Ciri keselamatannya membabitkan brek cakera hadapan dwiomboh dan belakang tunggal.

GAYA inspirasi YZR-R1.
GAYA inspirasi YZR-R1.

Tangki bahan apinya mampu memuatkan 14.3 liter.

Untuk pasaran Malaysia, selain cyan metalik, ia juga ditawarkan dengan pilihan warna biru Yamaha.

Yamaha YZF-R25 dijual pada harga RM19,998 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 7:00 AM