AKSI lasak meredah sungai.
AKSI lasak meredah sungai.
Rudy Fazrunisyam Samarudin

‘RAINFOREST Challenge Grand Finale’ diadakan di Kelantan dari 29 November hingga esok adalah acara akhir daripada ‘RFC Global Series’ (RFCGS), sebuah litar perlumbaan laluan lasak di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara.

Tahun ini, acara ini memberi tumpuan kepada aspek perlumbaan dengan sekurang-kurangnya 50 Peringkat Khas (SS), satu rekod untuk perlumbaan pacuan empat roda.

Laluan itu membawa peserta merentasi Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan berakhir di Gua Musang, dengan karnival dua hari pada semalam dan hari ini.

Pengasas dan pencipta Rainforest Trophy, Luis JA Wee berkata, 450 peserta dari 25 negara mengambil bahagian pada pertandingan itu yang mengharungi hutan tropika padat di Malaysia ketika musim tengkujuh.

Katanya, peringkat perlumbaan dinamakan ‘Predator’, ‘Terminator’ dan ‘Zon Twillight’.

Ia termasuk mengatasi kecuraman dan pendakian, menyeberangi paya tropika selain mengemudi kolam berlumpur.

PESERTA berusaha mengeluarkan kenderaan yang tersangkut.
PESERTA berusaha mengeluarkan kenderaan yang tersangkut.

Katanya, kenderaan berhenti di stesen minyak Petron di Kota Bahru, Pasir Putih, Laloh dan Gua Musang untuk pengisian semula dan meneruskan perjalanan laluan balak yang sukar dan kasar.

“Tumpuan perlumbaan tahun ini menjadi sukar kerana pasukan akan cuba mengatasi 50 SS.

“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan perlumbaan,” katanya.

Menurut Luis, RFC Grand Finale yang dikuasakan Petron Turbo Diesel Euro 5 semestinya menjadi tumpuan peminat sukan kenderaan lasak tempatan dan antarabangsa.

ANTARA cabaran sukar perlu diharungi.
ANTARA cabaran sukar perlu diharungi.

Dalam pada itu, wakil media turut diberi peluang menyertai aktiviti Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron yang memberi pengalaman eksklusif di RFC.

Pengembaraan kali ini mengumpulkan 15 media menyaksikan upacara pelepasan peserta di Hotel Grand Riverview Kota Bharu sebelum menyertai pusingan kelayakan RFC atau Peringkat Prolog di Bukit Panau, Pasir Mas.

Di sini, kenderaan peserta diisi dengan Petron Turbo Diesel Euro 5 di mana pemandu boleh menguji diri mereka dalam mengatasi alam dan menguji kehebatan pemanduan melalui cerunan bukit, rupa bumi tidak rata dan lumpur.

Kemahiran dalam pengendalian kenderaan akan menentukan kelayakan mereka untuk pusingan seterusnya.

PACUAN empat roda terbalik di laluan sukar.
PACUAN empat roda terbalik di laluan sukar.

Sementara itu, Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, ini adalah kerjasama keempat dengan RFC dalam memacu perlumbaan yang diiktiraf 10 teratas sukan kenderaan terlasak dunia.

Katanya, ia menekankan keupayaan Petron Turbo Diesel Euro 5 berteknologi tinggi yang memberikan kuasa dan perlindungan enjin yang terbaik serta lebih kilometer.

“Petron Turbo Diesel Euro 5 sudah lama terbukti dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak pertama kali menaja RFC pada 2016.

“Ia direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangkan jangka hayat enjin,” katanya.

Menurutnya, dengan kandungan sulfur yang sangat rendah iaitu 10 bahagian persejuta, ia 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan ekzos.

Petron adalah penaja diesel rasmi dan rakan kongsi minyak enjin untuk RFC 2019 Grand Finale di Malaysia.#vroomHM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:15 AM