JENTERA bomba melalui bangunan runtuh di Wajima, Ishikawa, susulan gempa bumi bermagnitud 7.5, pada 1 Januari lalu. FOTO AFP
JENTERA bomba melalui bangunan runtuh di Wajima, Ishikawa, susulan gempa bumi bermagnitud 7.5, pada 1 Januari lalu. FOTO AFP
Reuters

Tokyo: Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 melanda tengah Jepun pada 1 Januari, mengorbankan sekurang-kurangnya 81 orang, memusnahkan bangunan dan memutuskan bekalan elektrik kepada puluhan ribu kediaman.

Terletak di lingkaran gunung berapi Pasifik, Jepun 'menyumbang' kepada kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi bermagnitud 6 atau lebih besar di dunia.

Setiap tahun, negara ini mengalami sehingga 2,000 gempa bumi.

Berikut adalah beberapa gempa besar Jepun dalam tempoh 30 tahun lalu:

   

16 Januari 1995

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 melanda tengah Jepun, memusnahkan bandar pelabuhan barat Kobe. Gempa bumi terburuk yang melanda negara itu dalam tempoh 50 tahun mengorbankan lebih 6,400 orang dan menyebabkan kerugian dianggarkan AS$100 bilion (RM463 bilion).

   

23 Oktober 2004

Gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda wilayah Niigata, kira-kira 250 kilometer di utara Tokyo, membunuh 65 orang dan mencederakan 3,000 yang lain.

   

JALAN rosak di Anamizu, Ishikawa, susulan gempa bumi bermagnitud 7.5, pada 1 Januari lalu. FOTO AFP
JALAN rosak di Anamizu, Ishikawa, susulan gempa bumi bermagnitud 7.5, pada 1 Januari lalu. FOTO AFP

11 Mac 2011

Gempa bumi dengan magnitud 9 melanda timur laut Jepun, membunuh hampir 20,000 orang dan menyebabkan keruntuhan di Fukushima. Ia membawa kepada bencana nuklear terburuk di dunia sejak Chernobyl.

   

16 April 2016

Gempa bumi bermagnitud 7.3 di Kumamoto di pulau selatan Jepun, mengorbankan lebih 220 orang.

   

18 Jun 2018

Gempa bumi bermagnitud 6.1 di Osaka, metropolis kedua terbesar Jepun. Ia mengorbankan empat orang dan mencederakan ratusan lagi.

   

KESAN kemusnahan di bandar Wajima, Ishikawa. FOTO AFP
KESAN kemusnahan di bandar Wajima, Ishikawa. FOTO AFP

6 September 2018

Gempa bumi bermagnitud 6.7 melumpuhkan Pulau Hokkaido di utara Jepun, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, mencetuskan tanah runtuh dan memutuskan bekalan elektrik kepada 5.3 juta penduduknya.

   

13 Februari 2021

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 melanda pantai Fukushima di timur Jepun, mencederakan berpuluh-puluh orang dan mencetuskan gangguan bekalan elektrik yang meluas.

   16 Mac 2022

Gempa bumi bermagnitud 7.3 menggegarkan pantai Fukushima sekali lagi, menyebabkan dua maut dan 94 cedera. Ia menghidupkan semula kenangan gempa bumi dan tsunami yang melumpuhkan wilayah sama, lebih sedekad sebelumnya.

KERETA terperosok di sebuah bangunan di parkir di Anamizu, Ishikawa. FOTO AFP
KERETA terperosok di sebuah bangunan di parkir di Anamizu, Ishikawa. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 7:15 AM