Aizat Sharif


Kangar: Keluarga Allahyarham Safsufarnisya Salleh tidak mempunyai halangan untuk menunaikan permintaan Lans Koperal Mohamad Nizarman Hassim, 27, melawat kubur isterinya itu.

Abang ipar, Mohd Hasanudin Hassan, 42, yang mewakili keluarga arwah berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah di atas keinginannya itu kerana mereka tidak pernah menyalahkan Mohamad Nizarman atau dikenali sebagai Ijat dalam kalangan keluarga tentang apa yang sudah berlaku.

"Pihak kami tidak ada masalah kerana kami tidak pernah salahkan dia dengan apa yang terjadi malah sebelum dia dibicarakan di mahkamah pun dia sempat menghubungi saya kemudian keluarga mentua dia juga.

"Dia (Mohamad Nizarman) dengan kami tidak ada masalah apa pun, dan kejadian pun bukanlah kehendak dia jadi sekiranya dia ingin melawat kubur arwah isterinya itu, biarlah dia pergi melawat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, buat sementara waktu ini, ibu dan bapa arwah adik iparnya, Salleh Eizan, 61, dan Che Mas Taha, 63 dibawa tinggal bersamanya di kediamannya di Ipoh.

"Buat masa ini di Kampung Bendang Baru (tempat tinggal Salleh Eizan dan Che Mas Taha) tiada siapalah tetapi jika saya ada di sana, saya sendiri akan bawa biras saya pergi melawat kubur arwah isterinya itu," katanya.

Mohd Hasanudin berkata, tujuan dia membawa ibu dan bapa arwah adik iparnya itu ke Ipoh adalah untuk mengelakkan mereka dari rasa kesunyian selepas kehilangan Safsufarnisya.

"Memanglah mereka terasa kehilangan bukan sahaja arwah Safsufarnisya tetapi juga Ijat dan mereka tidak pernah ada sekelumit di hati salahkan Ijat dan menganggapnya sebagai 'orang luar.'

"Walaupun saya biras dengan dia (Ijat), saya tahu bahawa dia ini adalah seorang insan yang bertanggungjawab dan sebab itulah apabila muncul pelbagai spekulasi mengenai Ijat ini saya jadi 'panas' kerana saya tahu dia bukanlah individu yang seperti mana digambarkan oleh masyarakat yang tidak pernah kenal dengan dia," katanya.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim dituduhpenilain mental selama sebulan sebelum kes disebut semula pada 14 April hadapan.

Berita berkaitan:

Lans koperal didakwa tembak isteri diarah jalani pemeriksaan mental

Anggota polis dituduh bunuh isteri minta lawat kubur

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 3:53 PM