KESAN kemek pada kereta. FOTO kiri menunjukkan sisa dipercayai hasil letupan berkenaan. FOTO ihsan PDRM
KESAN kemek pada kereta. FOTO kiri menunjukkan sisa dipercayai hasil letupan berkenaan. FOTO ihsan PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai suspek kejadian letupan yang menyebabkan seorang tukang masak terbunuh di Pandan Indah, Ampang Jaya, pada 29 Disember lalu ditahan polis, malam tadi.

Suspek lelaki dan wanita itu ditahan di Serdang, Kedah malam tadi susulan maklumat yang diterima.

Dua suspek itu kini dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berhubung tangkapan terbabit.

Dalam kejadian jam 8.55 malam itu, tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata mangsa cedera parah pada badan dan tangan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2023 @ 11:06 AM