Izad Thaqif Hassan

Bandar Baharu: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah selata berhampiran Jawi, hari ini.

Difahamkan, semua mangsa terbabit adalah PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 4 pagi tadi ketika hampir 700 PATI yang terdiri daripada warga Bagladesh, etnik Rohingya dan Indonesia keluar beramai-ramai dari depot berkenaan.

Dua daripada mangsa yang maut itu terdiri daripada kanak-kanak manakala selebihnya dewasa.

Dalam keadaan gelap kebanyakan mereka hanya berjalan tanpa tujuan dengan ada antaranya menghala ke lebuh raya tanpa menyedari kenderaan yang bergerak laju.

Setakat ini, difahamkan separuh daripada PATI sudah ditahan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan di lokasi.

LOKAS kemalangan. FOTO tular
LOKAS kemalangan. FOTO tular

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 10:25 AM