GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 2,842 kes berbanding 2,690 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,769,886 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di http://covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 2:43 PM