SUSPEK lelaki berkenaan. FOTO Agensi
SUSPEK lelaki berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Wuhan: Seorang suspek lelaki untuk satu kes di Hubei, China yang pura-pura pengsan selama tiga hari akhirnya 'terjaga' selepas terhidu bau masakan kari.

Lelaki terbabit akhirnya menyerah kalah selepas dia terhidu bau kari daging yang dimakan pegawai polis bersebelahannya.

Suspek mengakui bau itu begitu menyelerakan kerana sudah tidak makan selama beberapa hari.

Lelaki terbabit sebelum itu ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan pada 7 Julai lalu.

Bagi mengelak daripada disiasat, suspek berpura-pura pening sebelum 'pengsan.' Selepas dihantar ke hospital, doktor sudah mencuba pelbagai cara namun tidak dapat mengejutkan lelaki itu dari 'pengsan.'Hanya pada hari ketiga, lelaki itu akhirnya tewas dan bangun selepas terhidu bau kari yang menyelerakan.

"Bau kari daging ini sangat enak sehingga memenuhi ruang bilik ini," kata pegawai polis berkenaan.

Katanya, tidak lama selepas itu, suspek mula menggerakkan kepala sebelum perlahan-lahan bangun.

"Saya tidak makan selama tiga hari dan tidak sanggup lagi membiarkan perut ini kosong," kata suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 6:30 AM