Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Pelajar perempuan tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan menggelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus, direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek berusia 19 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira 10.10 pagi.

Suspek yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi semalam ketika datang ke Balai Polis Telemong.

Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Portal NSTP sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang kelmarin.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

SUSPEK yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, direman di Mahkamah Majistret Marang FOTO GHAZALI KORI
SUSPEK yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, direman di Mahkamah Majistret Marang FOTO GHAZALI KORI

Berita berkaitan

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

'Saya ingat kakak kena karan'

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 11:56 AM