NOR Hainei (kanan) dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2020 dan Aminudin dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020. FOTO Bernama
NOR Hainei (kanan) dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2020 dan Aminudin dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020. FOTO Bernama
Mahaizura Abd Malik


MANTAN Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, Nor Hainei Abu Bakar dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan sempena Hari Guru 2020, hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi) Aminudin Adam pula diangkat Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas sempena Hari Guru, hari ini.

Beliau berkata, anugerah itu yang juga penghargaan tertinggi negara kepada guru yang mencurah khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.

"Saya berharap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita," katanya.

Berita berkaitan:

  • Sabar hadapi cabaran pendidikan era baharu - Nor Hainei
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 11:29 AM