BANGKAI pesawat Ukraine. FOTO AFP
BANGKAI pesawat Ukraine. FOTO AFP
Agensi

TEHRAN: Iran mengakui menembak pesawat komersial Ukraine selepas didapati terbang berdekatan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara itu.

Tentera Iran dalam satu kenyataan menerusi televisyen negara itu berkata, pesawat itu ditembak tanpa sengaja atas faktor kesilapan manusia.

Rabu lalu, pesawat Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Tehran.

Semua 176 anak kapal dan penumpang terkorban.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev.

Nahas itu berlaku selepas Iran melancarkan serangan 22 peluru berpandu ke pangkalan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Serangan itu sebagai tindak balas Iran terhadap AS susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani.

Soleimani terbunuh dalam serangan dron AS berdekatan lapangan terbang antarabangsa di Baghdad.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 12:46 PM