SEORANG pelakon memakai sut robot yang disangkakan robot. - Agensi
SEORANG pelakon memakai sut robot yang disangkakan robot. - Agensi
GAMBAR menunjukkan bahagian leher seorang pelakon jelas kelihatan. - Agensi
GAMBAR menunjukkan bahagian leher seorang pelakon jelas kelihatan. - Agensi
Agensi

Moscow: Robot canggih yang sering membuat kemunculan forum belia di Rusia, malah disiarkan televisyen tempatan sebenarnya manusia yang berpakaian seperti robot.

Stesen televisyen Russia-24 memuji kecanggihan robot terbabit di hadapan penonton, malah Robot Boris itu turut menunjukkan kebolehannya menari sambil mengikut rentak muzik rancak.

“Saya pandai dalam matematik tetapi saya juga ingin belajar melukis,” kata robot itu sebelum menari mengikut lagu Skibidi oleh Little Big song.

Bagaimanapun, menurut laporan media Eropah, beberapa pihak terutama penulis blog curiga dengan kemahiran robot berkenaan, termasuk kekurangan peralatan seperti pengesan luaran serta kemampuan robot melakukan pergerakan berlebihan.

The Guardian melaporkan, persoalan itu akhirnya terjawab apabila gambar robot berkenaan dikongsi di media sosial menunjukkan leher manusia dapat dilihat dengan jelas dari luar.

Boris juga bukanlah nama sebenar robot itu sebaliknya ia digelar sebagai Robot Alyosha iaitu kostum rekaan sebuah syarikat, Show Robots.

Kostum bernilai kira-kira 3,000 pound (RM15,882) itu dilengkapi mikrofon dan paparan tablet menjadikan sut terbabit seperti robot sebenar.

Sekeping gambar disiarkan oleh MBKh media turut menunjukkan seorang pelakon mengenakan sut terbabit di sebuah forum diadakan di Yaroslavl, timur laut Moscow.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 9:06 AM