(DARI KIRI) Mohd Azis, Jamawi  dan Ariffin diiringi ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
(DARI KIRI) Mohd Azis, Jamawi dan Ariffin diiringi ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
Norasikin Daineh


TIGA ahli politik ditahan reman lima hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana kementerian persekutuan di Sabah.

Mereka adalah Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman; Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO

Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Mereka sebelum ini ditahan ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah dan pejabat SPRM Tawau, semalam.

Pada prosiding itu, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa raya Rustam Sanip dan Mohd Faliq Basiruddin.

Mohd Azis diwakili oleh peguam, Martin Tommy, Loretto Padua Jr, Norazmi Alimat, Jaikol Situn dan Cedric Choo.

Jamawi diwakili barisan peguam, Arthur Borine, Shahlan Jufri dan Mohd Azhier Farhan Arifin.

Ariffin yang bertopi warna gelap pula diwakili peguamnya Hamid Ismail.

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman semula dua lagi individu berhubung kes sama.

Naib Presiden WARISAN, Datuk Peter Anthony, 46, ditahan reman semula selama tiga hari.

Seorang lagi, ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, ditahan reman semula, selama empat hari.

Terdahulu, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di perkarangan mahkamah bagi memantau keadaan berikutan kehadiran kira-kira 200 penyokong ahli politik berkenaan.

SPRM sebelum ini mendedahkan kes penyelewengan dana kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri ini antara 2010 dan 2016.

Difahamkan, 32 individu yang dikenal pasti untuk membantu siasatan termasuk kakitangan kementerian berkenaan di samping wakil syarikat terbabit dengan pelaksanaan projek.

Berita berkaitan:

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Mohd Azis disiasat SPRM sekali lagi

Shafie sedia bantu siasatan

SPRM dah kenal pasti 32 individu

Naib Presiden WARISAN direman [METROTV]

Apa? Seleweng RM180 juta [METROTV]

Seleweng RM1.5 bilion

Pemimpin kanan WARISAN antara tiga ditahan SPRM

SPRM ‘mengganas’ lagi, RM29 juta disita

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 4:15 PM