FOTO Muhamad Zulhairie Manzaidi
FOTO Muhamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


POLIS menahan dua lelaki berperwatakan wanita atau pondan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran di satu flat di Kubang Kerian, dalam serbuan 12.30 tengah malam tadi.

Kedua-dua ditahan dalam operasi Ops Noda dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan diketuai Inspektor Muazzam Shaaban.

Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Muhamad Sukeri Hassan, berkata pihaknya sebelum itu melakukan penyamaran dengan cuba berurusan untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

"Kita mendapat maklumat kegiatan mereka kembali aktif menerusi tawaran perkhidmatan serendah RM50 yang dibuat melalui aplikasi WeChat.

"Susulan itu anggota melakukan penyamaran dan bersetuju menemui mereka di Jalan Limau Manis, Kota Bharu, sebelum dibawa ke rumah flat di Kubang Kerian.

"Serbuan kemudian dilakukan. Kami menemui pelbagai barangan termasuk kondom,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas dua telefon pintar dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral terbabit.

Mereka ditahan reman empat hari hingga Sabtu untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

"Kegiatan begini berlarutan sejak beberapa tahun, namun tenggelam timbul. Apapun, kita akan terus melakukan operasi membanteras gejala tidak bermoral ini yang merosakkan masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2017 @ 11:54 AM