PEMANDU bas, Osman Nadri Ibrahim, 44, (kanan) memberi rawatan awal pada pemandu kedua, Halidan Mohd, 51, (kiri) yang cedera. FOTO Muhammad Hatim Abd Manan

Mohd Hilmie Hussin

DUA penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan terbalik di KM215.5 lebuh raya PLUS, arah utara berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, awal hari ini.

Difahamkan, kemalangan apabila bas terbabit hilang kawalan, himpit laluan paling kiri sebelum memasuki longkang dan terbalik, pada 2.30 pagi.

KEADAAN bas ekspres membawa 26 penumpang yang terbalik selepas terbabas di KM215.5 lebuh raya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Simpang Ampat. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Pemandu, Osman Nadri Ibrahim, 44, berkata, bas terbabit dinaiki 26 penumpang dan pemandu kedua, bertolak dari Larkin, Johor, pada 10.30 malam.

“Kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Syukur tiada kemalangan jiwa.

KEADAAN bas ekspres membawa 26 penumpang yang terbalik selepas terbabas di KM215.5 lebuh raya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Simpang Ampat. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
KEADAAN bas ekspres membawa 26 penumpang yang terbalik selepas terbabas di KM215.5 lebuh raya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Simpang Ampat. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

“Dua penumpang masing-masing lelaki dan wanita dikejarkan ke hospital menaiki ambulans dipercayai patah tangan," katanya ketika ditemui.

Polis dikatakan masih belum menerima laporan mengenai kemalangan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 10:05 AM