KNKV Viral berlangsung 20 Februari ini
KNKV Viral berlangsung 20 Februari ini
Calon pilihan dominasi anugerah KNKV Viral
Calon pilihan dominasi anugerah KNKV Viral

Kuala Lumpur: Persaingan undian peringkat awal anugerah KNKV Viral 2024 menyaksikan kejutan di mana jumlah undian pencipta kandungan anak beranak dari Sabah Davids & Kumbibi (Davidvidz Kumbibi) jauh mendahului nama besar lain seperti Ryan Bakery, Pak Mat Western, Datuk Sri Aliff Syukri, Boss james dan Alieff Irfan.

Dalam kiraan semasa yang dikeluarkan baru-baru ini, Davids & Kumbibi mendapat jumlah undian lebih dari 11,000 undian, jauh meninggalkan calon lain dalam kategori yang sama.

KNKV Viral dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM di mana ia adalah majlis anugerah berprestij untuk mengiktiraf pempengaruh (Influencer), pencipta kandungan (content creator), platform tular (viral page) dan saluran tular (viral channel) tersohor di negara ini.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Semua calon ketika ini sedang melalui proses undian umum peringkat awal di mana undian berlangsung secara 'realtime' di Facebook KNKV Group, Instagram KNKV Studios dan Tiktok KNKV Group.

Undian akan berlangsung sehingga 11 Februari ini dan akan dibuka sehingga 12 tengah malam.

"Lima calon peringkat awal yang mendapat jumlah undian tertinggi akan layak ke peringkat akhir sebagai finalis.

"Di peringkat akhir , kesemua finalis akan dinilai sekali lagi oleh barisan juri profesional dan finalis yang mendapat markah tertinggi penjurian akan dinobat sebagai pemenang bagi kategori masing-masing," kata

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Profesor (Adj) Adam Richman selaku juri penilaian anugerah berkenaan.

Adam Richman
Adam Richman

Turut sama mengadili anugerah ini ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Kamil Othman; pengarah terkenal Rashid Sibir serta seorang wakil daripada RTM.

Manakala Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff selaku Penasihat Syariah Kumpulan KNKV pula adalah juri bahagian Agama yang akan menilai finalis yang terbabit dalam kategori Agama.

Malam Anugerah KNKV Viral akan disiarkan di RTM menerusi saluran TV2 dan akan berlangsung pada 20 Februari jam 8 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur selain dihoskan Tyzo Xander.

Maklumat lanjut serta senarai penuh kategori dan calon peringkat awal KNKV Viral boleh didapati di laman sesawang rasmi www.knkvviralaward.com.

KNKV Viral dianjurkan dengan kerjasama KNKV Studios, sebuah anak syarikat KNKV Group yang memfokuskan kepada penerbitan filem dan Eventopedia, sebuah anak syarikat KNKV Group yang menfokuskan kepada penganjuran acara.

KNKV Viral Award 2024 turut mendapat sokongan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai Rakan Perundangan Rasmi, Dr Amsyar sebagai Penapis Air Rasmi dan Luncai Emas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 12:44 PM