FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
ASP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir

MAK kau hijau, bapak kau hijau." Provokasi kata mengata dalam kalangan mat rempit sesama sendiri sebelum bersaing memulakan lumba haram atau merempit di jalanan.Tengok tu, bukan saja masyarakat sering menyalahkan ibu bapa atau keluarga yang tak pandai mendidik atau mengabaikan anak sehingga menjadi 'mat rempit', mereka sesama sendiri pun sering menyalahkan ibu bapa dalam masalah sosial sebegini.

Kenapa ini terjadi? Pentadbir lemah ke? Masyarakat tak ambil kisah ke? Penguat kuasa lemah atau undang-undang lemah atau salah ibu bapa dan keluarga? Bagi penulis, semuanya bukan disebabkan alasan di atas. Kajian terdahulu berkaitan mat rempit dijalankan Kumar & Muniandy (2012), Ismail (2006) Rozmi Ibrahim (2007), Nordin (2011), Wong (2011) dan Nor Amit (2017) dengan menggunakan Teori Baumeister (2009), Murk (2006) dan Brown (2012) yang banyak mendedahkan keputusan remaja terbabit dalam lumba haram/merempit adalah kerana ingin 'mencari sensasi'.

Kajian penulis terhadap lumba haram ini boleh dibuat rujukan Melalui Jurnal di International Jurnal of Accedemic Research Jul 2017 Vol 7 No 6 dan Vol 7 No 7 bertajuk Illegal Street Racer Behaviour' dan Studies Pertaining to Illegal Racer Behaviour.Selain itu, jurnal terbaharu bertajuk The Relationship Between Demografic Profiles With Youth Intention To Engage In Illegal Motorcycle Street Rracing. (Seaview Langkawi (International Confrence on Government Humanities and Law) ISBN: 978-967-2245-09-04 (ICOGHL 2019). Hasil kajian terkini pada 2020 (Study On Demografic Profile, Self Esteem And The Intention OF Illegal Motorcycle Street Racers Behaviour: Mohd Roslan Mohd Tahir) yang dijalankan di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor, membabitkan lima daerah iaitu Johor Bahru, Seri Alam, Iskandar Puteri, Skudai dan Kulai dengan menggunakan sistem mengumpul Data Kuantatif (borang soal selidik terhadap 261) responder terdiri daripada perempit tegar dan data kualitataif daripada 15 responden secara temu duga.

Saya menggarap segala soalan berpandukan kepada kajian terdahulu (Litrecture Review) dengan elemen demografi dan memasukkan Teori Erikson (1963) Tahap Pembangunan Remaja dari awal lahir sehingga ketua membabitkan tujuh fasa serta Teori Brown (2009) dengan empat fasa.

Banyak kelakuan berisiko membabitkan remaja, Teori Steinberg (2010) apabila gelombang otak berhubung mengikut zaman, Teori Gecas (1983) disiplin/sosiologi penyebab tingkah laku (harga diri), Teori Planned Behaviour Icek Azjen (1985) Teori Tingkahlaku Terancang serta beberapa teori sarjana silam yang tersohor lain dengan pengumpulan data dimasukkan ke dalam sistem IBM SPSS Version 22. Lebih menarik lagi daripada SPSS dimasukkan ke dalam sistem terbaru terkini iaitu Structor Equation Model (SEM PLS) atau Partial Least Squares.

Hasil kajian dijalankan, rumusan dan keputusan mendapati ia bukan salah ibu bapa. ibu bapa tidak boleh berasa senang hati. Peratusan kesalahan ibu bapa atau keluarga amat rendah dan bukan punca utama terhadap pembabitan remaja dalam tingkah laku merempit atau lumba jalanan.

Rumusannya adalah : 1. Demografi profil remaja terbabit dalam lumba haram antara 15 hingga 23 tahun sebanyak 73.8 peratus terdiri daripada Melayu dengan 97 peratus berpendidikan sekolah menengah dan pendapatan isi rumah rendah. 2. Profil Demografi tidak ketara mempengaruhi niat mereka untuk berlumba haram/merempit dan pengalaman trauma (keluarga bermasalah) tidak dijumpai keputusan dalam niat mereka untuk berlumba haram. 3. Tiada ditemukan keputusan perempit itu mempunyai harga diri rendah untuk terbabit dalam lumba haram selaras dengan kajian (West/Sweeting 1997 dan Noh Norullah 2012). 4. Tinjauan emosi dan mental dilihat penting mengaitkan niat perempit melakukan lumba haram/merempit kerana mereka di bawah kawalan dan terdedah serta suka mengambil risiko. 5. Norma Subjektif (Subjective Norm Icek Azjen 1991) dilihat paling ternyata mempengaruhi niat perempit melakukan aksi rempit.

Subjective Norm adalah persepsi individu dipengaruhi orang lain. Siapakah yang salah dalam situasi ini? Berdasarkan kesimpulan dan keputusan penyelidikan dijalankan di Wilayah Pembangunan Iskandar saja, mendapati, faktor 'pemacu impak' atau paling utama dalam niat perempit/pelumba haram melakukan tindakan ini adalah 'fokus on peers'.

Pengaruh rakan sebaya penyebab utama mereka merempit dengan 97 peratus kekuatan persahabatan, memuji antara satu sama lain, minat, susah senang bersama serta sokongan kawan. Kegembiraan mengambil risiko adalah sebab mereka berbuat demikian.

Kawasan kajian hanyalah di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor saja, bukan membabitkan seluruh Johor atau Malaysia. Keputusan mungkin akan berlainan jika tujuan kajian atau kaedah teori kajian dijalankan berlainan. Namun, keputusan daripada kajian ini tepat menggunakan dua kaedah borang soal selidik dan disokong kaedah temuduga dan ia juga boleh menggunakan penyelidik lain untuk kawasan lain di Malaysia.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh senang hati sangat walaupun peratusan kesalahan mereka kecil iaitu dua peratus. Jadi, sama-samalah kita membentuk keluarga bahagia dengan menjadikan agama sebagai pedoman hidup.

Bersama-samalah kita menjadikan Malaysia bebas daripada gejala sosial ini.

Penulis Ketua Polis Balai Nusa Bestari, IPD Iskandar Puteri, Johor

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 7:30 AM