Pengarah dan Pelakon, Intan Ladyana. Foto Amirudin Sahib
Pengarah dan Pelakon, Intan Ladyana. Foto Amirudin Sahib
Lydia Saiful


Kuala Lumpur: Pelakon Intan Ladyana mengalami alahan yang teruk ketika hamil anak kedua.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, berkata kehamilan keduanya sedikit menguji kerana mengalami alahan teruk berbanding yang pertama.

"Usia kandungan saya sudah memasuki enam bulan.

"Bagi saya yang hamil anak kedua ini lebih memenatkan sedikit kerana perlu menjaga anak pertama sekali. "Dan untuk jantina pula, saya telah pun mengetahuinya tetapi saya berhasrat untuk menyimpannya sebagai rahsia buat masa ini.

"Tunggu pengumuman saya melalui platform media sosial (Instagram) apabila tiba masanya nanti, katanya.

Mengulas lanjut, Intan berkata anak sulungnya kini lebih manja dan mahukan perhatian yang lebih.

"Kepenatan saya kini menjadi berganda kerana sewaktu kali pertama dulu jika saya penat boleh terus tidur dan berehat.

"Sekarang pula, saya perlu tunggu Eviee tidur dulu baru boleh berehat," kata Intan ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Banglo Seksyen 12, semalam.

Untuk rekod, Intan berkahwin dengan Harris Alif, 25, pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Eviee Khadeeja, 2.

Dalam perkembangan lain, Intan memberitahu dirinya tenang dan tidak berdepan rasa tertekan dengan pelancaran filem pertama arahannya berjudul Banglo Seksyen 12 itu yang bakal ditayangkan pada 25 Januari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 11:56 AM