ATIKAH Suhaime
ATIKAH Suhaime
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 33, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, dalam satu majlis tertutup di Cornerstone IPC, di sini, jam 8.54 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Atikah, Mohd Suhaime Mohd Jamali dan Lokman menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat isterinya. 

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu bertemakan Sakura.

Terdahulu, Atikah berkongsi berita gembira mengenai hari bahagianya yang bakal menjelang dengan pengikutnya di Instagram, apabila memuat naik video majlis pertunangan yang berlangsung pada Disember lalu.

Untuk info, Atikah pernah mengikat pertunangan dengan penyanyi senegaranya, Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum mereka sepatutnya diijabkabulkan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 9:25 PM