NEETA sebagai hos program Escape From KL.
NEETA sebagai hos program Escape From KL.
Lydia Saiful


SETIAP individu berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan sama ada yang memegang status sebagai pelajar mahupun berkerja.

Tidak dinafikan setiap hari individu terbabit menghadapi pelbagai cabaran hidup di bandar. Daripada tugasan tidak berkesudahan di pejabat, kesesakan lalu lintas harian dan pernafasan melalui pencemaran udara bandar, semuanya menambah kepada tekanan dan kebimbangan.

Oleh itu, kita semua mencari pelarian singkat daripada kerumitan ini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bersantai menerusi program travelog Escape From KL bersiaran setiap Ahad, jam 10 malam di TV Okey.

Travelog 13 episod berbahasa Inggeris ini pastinya menyasarkan penonton yang mencari idea percutian singkat.

Setiap episod memaparkan, antara lain, cadangan percutian di Malaysia, pulau persendirian, bercuti ke pantai dan banyak lagi.

Setiap perjalanan menjadi mesra keluarga, menampilkan permata tersembunyi yang mudah diakses dari bandar.

Hos Neeta Manis akan berkongsi dengan penonton perjalanan indahnya menerokai lokasi menarik dengan aktiviti hebat dirancang dan makanan yang lazat untuk dicuba.

Yang pasti pada penghujung setiap episod penonton mempunyai banyak idea merancang perjalanan percutian mereka yang seterusnya.

Antara lokasi menjadi pilihan termasuk Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor di mana terletaknya rumah kepada Empangan Sungai Selangor yang tersergam indah dan bersama bukit terbentang luas. KKB adalah hab untuk keseronokan bagi yang mencari pengembaraan.

Sertai Neeta terbang tinggi di langit melakukan aktiviti paragliding, meneroka sungai deras dan menuruni cerun dan anak sungai dengan menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

Neeta kemudiannya ke Genting Highlands tempat di mana orang biasanya diingatkan mengenai percutian singkat dan menyejukkan daripada cuaca panas terik serta pengembaraan taman tema Genting SkyWorlds yang menarik.

Umpama bonus di sini Neeta tidak bersendirian dengan kemunculan Anas dan Patrick yang merupakan ahli kumpulan I Am Neeta.

Seterusnya Neeta teruja berada di pulau legenda, Pulau Tioman yang diketahui sebagai tempat berehat terakhir puteri naga yang cantik dan mendapat nama sempena nama burung, Tiong dan Man yang bermakna milik saya oleh masyarakat tempatan di sana.

Aktiviti berbeza dicuba Neeta menyelam di waktu malam di Salang dan banyak lagi aktiviti air.

Neeta memilih Min House Camp di tepi sungai Kubang Kerian, di mana kem ini dikelilingi oleh kehijauan tropika yang subur.

Ia menggalakkan kehidupan dan gaya hidup mampan, dengan pelbagai aktiviti untuk tetamu. Di sini dikongsikan pengalaman Neeta mencuba kuih ondeh-ondeh terbaik, aktiviti penternakan lebah, ikan dan menangkap ketam juga lokan.

Ikuti juga kembara Neeta ke Pulau Langkawi, Perlis, Taman Negara, Pulau Duyong dan Pulau Lang Tengah di Terengganu.

Penonton juga boleh menyaksikan program Escape From KL menerusi laman web atau aplikasi RTMKlik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 6:46 AM