Kaka Azraff
Kaka Azraff
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Kontrak penyanyi Kaka Azraff akan ditamatkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia?

Itu kemungkinan yang bakal dihadapi penyanyi berkenaan soal kedudukannya bersama syarikat rakaman terbabit.

Ia susulan penyanyi lagu Gila itu diserang netizen Israel selepas profilnya dikongsi akaun Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database.

Sebelumnya, Kaka didedahkan meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

Kaka, 34, atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff ketika dihubungi berkata, dia mohon diberikan ruang dan masa untuk memberikan sebarang kenyataan.

"Buat masa sekarang, saya belum boleh beri apa-apa kenyataan. Bagi saya sedikit masa," katanya.

Disebabkan tindakan Kaka itu, terdapat komen daripada penyokong Israel yang turut menyuruh pihak rakamannya Warner Music menyelidik serta menggesa dia disingkir daripada label terbabit.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada pihak Warner Music Malaysia gagal.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, label Warner Music memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pihak pengganas. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 2:49 PM