Watie bersama suaminya, Shuib.
Watie bersama suaminya, Shuib.
Nuraliawati Sabri


Masjid Tanah : Isteri pelawak popular, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 35, menafikan dirinya hamil, sebaliknya dia hanya berisi dan berdepan dengan kenaikan berat badan.

Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, tumpuan kini lebih kepada anak-anak tirinya terutamanya Ayash Affan dan Ariq Matin.

"Buat masa sekarang belum berbadan dua, masih satu lagi. Mungkin saya agak berisi, malah saya sedang berusaha turunkan berat badan supaya orang tidak fikir saya hamil.

"Namun kalau orang doakan, semoga ia termakbul. Mungkin sekarang belum rezeki. Biarlah dengan anak-anak dulu, mereka pun tengah lasak," katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Watie hamil susulan dia menutup bahagian perut dengan sejambak bunga menerusi foto yang dikongsi.

Sementara itu, mengulas mengenai isu kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dihadapi syarikat minuman diasaskan suaminya, Watie berkata, Shuib seorang yang kuat dan fokus dalam menyelesaikan isu dihadapinya itu.

"Tidak dinafikan dia 'down' ini kerana kritikan yang dilemparkan oleh orang luar yang tidak tahu akan cerita sebenar.

"Boleh katakan dia sentiasa bersama telefonnya. Saya yang sudah tahu jalan cerita sepenuhnya. Jadi, berikan ruang kepada dia untuk selesaikan dan dia dah buktikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 4:37 PM